Thursday 1 October 2015

Sinopsis Portugis

ž       Penjajahan Portugis menduduki Melaka selama 130 tahun iaitu daripada tahun 1511-1641.Walaupun begitu lama menjajah Melaka, namun Portugis tidak berjaya meluaskan pengaruhnya.Usaha – usaha untuk menawan Naning dan Rembau gagal.Pengaruhnya adalah disekitar Melaka.Matlamat asal untuk mengembangkan agama Kristian tidak berjaya. Antara kesan peninggalan penjajah hingga ke hari ini iaitu kewujudan  masyarakat, akibat perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan, pengenalan tulisan rasmi kepada masyarakat Melayu, kewujudan perkataan yang berasal daripada Bahasa Portugis seperti palsu, almari, jendela, garpu dan tuala. Kesan yang penting ialah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka dan membawa kepada kemunculan Kerajaan Melayu-Riau, namun pengaruhnya tidak berkesan.

Sinopsis Belanda

       žPenjajahan Belanda mula berdagang di Kepulauan Melayu pada abad ke-17.Pusat perdagangan utama ialah di Betawi (Jakarta) di Pulau Jawa.Mereka menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) pada tahun 1602 dengan tujuan untuk menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu.Seterusnya, mereka ingin memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri Melayu. Belanda telah menghancurkan  kekuasaan Portugis di Melaka dengan matlamat utama untuk menarik pedagang-pedagang di Betawi. Pada 1641, Portugis dapat dikalahan dengan bantuan kerajaan Johor.Namun begitu, Belanda tidak meninggalkan banyak kesan kepada penduduk Tanah Melayu.

Sinopsis Jepun

       žTanah Melayu jatuh ke tangan Jepun pada 15 Feb 1942 dan berakhir pada 12 September 1945.Faktor kemenangan mereka ialah ketidaksetiaan tentera Inggeris untuk menghadapi peperangan.Seterusnya, Jepun telah mengumpulkan maklumat penting mengenai kedudukan pertahanan Inggeris, bilangan tentera Inggeris, peralatan perang, Jepun mempunyai rangkaian pengintipan yang baik. Kesannya, ia telah mengubah keadaan sosial, ekonomi dan politik Tanah Melayu. Selain itu, orang Melayu dan India menjadi buruh paksa untuk membina jalan kereta api maut antara Thailand & Burma. Seterusnya, orang cina lari ke pinggir hutan akibat daripada tekanan tentera Jepun telah membuka kawasan baru yang dikatakan sebagai permulaan masalah setinggan di Tanah Melayu.

Sinopsis Inggeris


žDari segi sejarah pada tahun 1600, pedagang-pedagang telah menubuhkan Syarikat India Timur Inggeris untuk melicinkan perdagangan dengan negeri China. Lama kelamaan, syarikat tersebut mula berminat dengan gugusan Kepulauan Melayu setelah perdagangan dengan China tidak begitu menguntungkan, selain daripada tujuan untuk mencari pengkalan yang bebas daripada serangan lanun. Pada 11 Ogos 1786, Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan memberikan janji kosong kepada Sultan Kedah. Pada 6 Feb 1819, Stamford Raffles pula telah menduduki Pulau Singapura setelah membuat perjanjian dengan temenggung Abdul Rahman. Bermula dari semasa ke semasa penjajahan Inggeris cuba menguasai keseluruhan Tanah Melayu.ž

Pernyataan Masalah

Adakah pelabuhan merupakan faktor utama Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun memilih Tanah Melayu sebagai Tanah Jajahan?


ž       Pelabuhan merupakan faktor utama Tanah Melayu dijajah.Contohnya, pelabuhan Pulau Pinang dapat menyediakan bekalan air, makanan dan kemudahan membaiki kapal sebelum berlayar ke Canton, China.Pelabuhan ini juga sesuai sebagai tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun.Selain itu, Negeri- Negeri Selat memainkan peranan sebagai pelabuhan entrepot yang mengendalikan perdagangan negeri-negeri Melayu.Pedagang-pedagang Negeri-Negeri Selat melabur modal dalam perlombongan bijih timah di Larut, Sungai Ujong, Lukut dan Klang.


ž

Persoalan Kajian

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan Tanah Melayu dijajah?


       žTerdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Tanah Melayu dijajah.Antaranya ialah faktor ekonomi.Penjajah di Tanah Melayu ingin memonopoli perdagangan rempah. Selain itu, faktor keagamaan yang melibatkan berlakunya perang salib. Seterusnya, perluasan kuasa telah berlaku. Hal ini kerana pengaruh seperti Portugis, Belanda dan Sepanyol ingin memperluaskan tanah jajahan mereka. Di samping itu, galakaan seperti sokongan moral dan kewangan daripada Raja Portugis merupakan salah satu faktor yang menyebabkan Tanah Melayu dijajah. Tidak lupa juga tentang kekayaan bahan mentah di Tanah Melayu telah menjadi tumpuan semasa Revolusi Perindustrian di Eropah. Disebabkan sistem pengangkutan yang lebih moden seperti Kapal-kapal Berkuasa Wap menjadikan perjalanan mereka lebih cepat untuk sampai ke destinasi. Di samping itu, persaingan kuasa-kuasa Barat seperti Britain, Amerika, Belanda, Portugal, Perancis dan Sepanyol telah menyumbang kepada faktor penjajahan luar ke Tanah Melayu. Nyata juga ia telah menyebarkan tamadun khususnya orang British dan Belanda untuk memandu masyarakat Timur kepada kehidupan yang lebih sejahtera dan menganggap orang Timur tidak bertamadun dan ketinggalan. Akhir sekali, revolusi perindustrian juga telah mengelakkan lambakan barangan maka negara Timur berpotensi sebagai pasaran baru untuk memasarkan produk-produk tersebut.

Apakah kesan yang ditanggung oleh Tanah Melayu akibat daripada penjajahan?

ž       Terdapat pelbagai kesan yang ditanggung oleh Tanah Melayu akibat penjajahan. Antara kesan yang ditanggung oleh Tanah Melayu akibat daripada penjajahan luar telah memberikan banyak kesan negatif, umumnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah mengubah keadaan sosial, ekonomi dan politik Tanah Melayu. Contohnya, orang-orang Cina ditindas teruk dan lari ke hutan. Seterusnya, Orang Melayu dan India menjadi buruh paksa dan berlaku permusuhan antara orang Melayu dengan orang Cina..Selain daripada itu, sistem pendidikan Jepun diperkenalkan.Nyata juga, wujud kesedaran politik pada penduduk Tanah Melayu.Di samping itu, kemunculan pelbagai pertubuhan seperti KRIS, MPAJA, PUTERA.Parti Komunis Malaya (PKM) juga muncul sebagai parti terkuat selepas pendudukan Jepun.Seterusnya, ekonomi Tanah Melayu merosot teruk dan penduduk Tanah Melayu dilanda pelbagai penyakit akibat kekurangan nutrisi dan bekalan ubat-ubatan.Selain itu, hal ini menyebabkan perpaduan kaum sukar untuk diwujudkan.Seterusnya, telah berlaku penghapusan institusi pentadbiran raja di Burma dan sistem dua lapis dan majlis legistatif separa dipilih diperkenalkan.Sistem kemaharajaan digantikan dengan sistem pentadbiran republik.Akhir sekali, sistem pendidikan vernakular diperkenalkan.

Objektif Kajian

žDapat mengenalpasti faktor yang menyebabkan Tanah Melayu dijajah.
žDapat mengetahui reaksi masyarakat tempatan terhadap penjajahan.
ž
ž

1.   Dapat mengenalpasti faktor yang menyebabkan Tanah Melayu dijajah.
  - Portugis menjajah Tanah Melayu dengan tujuan untuk menguasai perdagangan dan mengembangkan agama Kristian.Kawasan jajahan tertumpu di Melaka pada tahun 1511 sehingga 1641 iaitu selama 130 tahun.Kesan utama kewujudan adalah mewujudkan masyarakat Serani hasil daripada perkahwinan campur. Selain itu,Portugis juga memperkenalkan tulisan rumi.Apabila tulisan rumi telah diperkenalkan,maka secara tidak langsung  perkataan pinjaman turut wujud seperti jendela, almari, garfu, tuala dan palsu.

2.Dapat mengetahui reaksi masyarakat tempatan terhadap penjajahan.
ž

  Berasa sedih kerana masyarakat pada zaman dahulu hidup dalam kaeadaan kemiskinan.Selain itu mereka terpaksa membayar pelbagai jenis cukai yang membebankan pada ketika itu.Hal ini demikian kerana,cukai tersebut hanya mendatangkan keuntugan kepada penjajah sahaja.Disamping itu juga,kita mestilah lebih berhati-hati terhadap segala propaganda yang boleh menjatuhkan  kestabilan ekonomi negara kerana tidak mahu sejarah zaman penjajah berulang.Tambahan pula,kita hendaklah mempunyai sikap patriotik dalam mempertahankan negara kerana tidak mahu peristiwa hitam yang berlaku pada zaman penjajahan kembali berulang buat kali kedua .Akhir sekali,kita mestilah sedar akan tanggungjawab individu dalam mempertahankan negara daripada segala bentuk ancaman yang cuba diganggu juga oleh penjajah .