Pembentukan
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) terbentuk melalui Perjanjian Bangkok pada
10 Mac 1909.Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu disatukan di bawah satu bumbung pentadbiran.Seorang penasihat Inggeris dilantik di setiap negeri tersebut. NNMTB telah
diletakkan di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi.Pada tahun 1914, Johor menerima penasihat Inggeris dan diserapkan ke dalam NNMTB.Sultan di NNMTB diberikan kebebasan yang luas dalam pentadbiran dan penasihat Inggeris bertindak sebagai penasihat semata-mata.Segala urusan berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran dilaksanakan oleh pembesar tempatan.Majlis Mesyuarat Negeri telah ditubuhkan yang berfungsi sebagai majlis penasihat.
Dasar
ini dilaksanakan di NNMB kesan dari pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral.Ia membawa maksud, kuasa utama pentadbiran, kewangan dan perkhidmatan yang sebelum ini dikuasai oleh kerajaan pusat diagihkan kepada kerajaan negeri.Bertujuan untuk menarik minat NNMTB menyertai NNMB bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu
dengan sistem yang lebih menarik.Pengagihan kuasa ini dijalankan secara berperingkat-peringkat antara tahun 1920-an hingga
1930-an.Dengan itu, kuasa sultan/raja, Majlis
Mesyuarat Negeri dan Residen telah dikembalikan.Kuasa-kuasa penting masih dipegang oleh Kerajaan Pusat. Sistem ini kekal sehingga tercetusnya P.Dunia II.
No comments:
Post a Comment