Thursday 1 October 2015

Sinopsis Portugis

ž       Penjajahan Portugis menduduki Melaka selama 130 tahun iaitu daripada tahun 1511-1641.Walaupun begitu lama menjajah Melaka, namun Portugis tidak berjaya meluaskan pengaruhnya.Usaha – usaha untuk menawan Naning dan Rembau gagal.Pengaruhnya adalah disekitar Melaka.Matlamat asal untuk mengembangkan agama Kristian tidak berjaya. Antara kesan peninggalan penjajah hingga ke hari ini iaitu kewujudan  masyarakat, akibat perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan, pengenalan tulisan rasmi kepada masyarakat Melayu, kewujudan perkataan yang berasal daripada Bahasa Portugis seperti palsu, almari, jendela, garpu dan tuala. Kesan yang penting ialah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka dan membawa kepada kemunculan Kerajaan Melayu-Riau, namun pengaruhnya tidak berkesan.

No comments:

Post a Comment