Thursday 1 October 2015

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

Pembentukan
          Negeri- Negeri Melayu Tidak Bersekutu(NNMTB) terbentuk melalui Perjanjian Bangkok pada 10 Mac 1909.Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu disatukan dibawah satu bumbung pentadbiran.Seorang penasihat Inggeris dilantik di setiap negeri tersebut. NNMTB telah diletakkan di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi.Pada tahun 1914, Johor menerima penasihat Inggeris dan diserapkan ke dalam NNMTB.Sultan di NNMTB diberikan kebebasan yang luas dalam pentadbiran dan penasihat Inggeris bertindak sebagai penasihat semata-mata.Segala urusan berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran dilaksanakan oleh pembesar tempatan.Majlis Mesyuarat Negeri telah ditubuhkan yang berfungsi sebagai majlis penasihat.





Dasar ini dilaksanakan di NNMB kesan dari pemusatan kuasa di tangan ResidenJeneral.Ia membawa maksud, kuasa utama pentadbiran, kewangan dan perkhidmatan yang sebelum ini dikuasai oleh kerajaan pusat diagihkan kepada kerajaan negeri.Bertujuan untuk menarik minat NNMTB menyertai NNMB bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu dengan sistem yang lebih menarik.Pengagihan kuasa ini dijalankan secara berperingkat-peringkat antara tahun 1920-an hingga 1930-an.Dengan itu,kuasa sultan/raja, Majlis MesyuaratNegeri dan Residen telah dikembalikan.Kuasa-kuasa penting masih dipegang oleh Kerajaan Pusat. Sistem ini kekal sehingga tercetusnya P.Dunia II.

No comments:

Post a Comment