Thursday, 1 October 2015
Kesan Pembentukan Negeri-Negeri Bersekutu
Berlaku pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur.Kuasa sultan/raja semakin lemah dan berpusat pada agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.Kerajaan negeri kehilangan kuasa perundangan dan pentadbiran.Segala keputusan penting diputuskan oleh Residen Jeneral.Penubuhan jabatan persekutuan menyebabkan pengambilan lebih ramai pegawai Inggeris.Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dengan negeri tidak jelas dan memihak kepada kerajaan persekutuan.Hasil negeri,cukai dan kewangan terletak di tangan kerajaan pusat dan ini telah menyebabkan kerajaan negeri tiada sumber kewangan yang kukuh. DURBAR tidak berfungsi kerana nasihatnya tidak diikuti oleh Residen Jeneral.Orang Melayu tidak dapat menikmati keuntungan dalam pembangunan dan pentadbiran negeri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment