Thursday 1 October 2015

Penjajahan Jepun

       Sejak gerakan 'Pemulihan Meiji' dilancarkan oleh Maharaja Jepun iaitu Maharaja Mikado Meiji pada tahun 1868 dan sejak tercetusnya Perang Dunia Kedua, Jepun telah muncul sebagai sebuah negara Asia yang terkuat. Negara Jepun juga mempunyai angkatan tentera yang terkuat di Timur Jauh. Jepun mula-mula memperluaskan kuasanya pada tahun 1859 apabila
       Memenangi peperangan di antara China-Jepun yang pertama. Jepun berjaya pula menewaskan tentera rusia di dalam perang Rusia-Jepun pada  tahun 1905 yang telah menaikkan namanya sebagai sebuah kuasa yang besar. Seterusnya, pada tahun 1910, Jepun berjaya menakluk Korea Manchuria pada tahun 1932.Pada tahun 1937, jepun berjaya lagi menewaskan negara China di dalam perang China-Jepun yang kedua. Semua peristiwa-peristiwa peperangan tersebut adalah merupakan rentetan bagi bermulanya Perang Dunia Kedua yang telah menggoncang dunia terutamanya di Asia Tenggara. Pada ketika itu, kuasa-kuasa besar di dunia iaitu Jerman, Itali dan Jepun telah membentuk Kuasa-kuasa Paksi. Perang besar di Eropah telah bermula sejurus selepas Perdana Menteri Britain pada ketika itu di mana telah mengisytiharkan perang ke atas Jerman pada 3 September 1939. Kuasa-kuasa Britain dan Perancis telah bersekutu untuk menentang kuasa Jerman yang menyebabkan kawasan jajahan Britain dan Perancis di Asia Tenggara tidak dapat di kawal dan di pertahankan.Jepun telah mengambil peluang keemasan ini untuk meluaskan kuasanya di negeri-negeri di Asia Tenggara. Tambahan pula, pada ketika itu Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas Jepun kerana keenggananya berundur daripada China. Kekurangan bahan mentah telah mendorong Jepun untuk menakluk kawasan baru yang kaya dengan bahan-bahan mentah seperti di Asia Tenggara. Maka, setelah tercetusnya peperangan di antara Jerman, Perancis dan Britain, Jepun pun memulakan serangannya ke atas Asia Tenggara.

No comments:

Post a Comment