Apakah faktor-faktor yang menyebabkan Tanah Melayu dijajah?
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Tanah Melayu
dijajah.Antaranya ialah faktor ekonomi.Penjajah di Tanah Melayu
ingin memonopoli perdagangan rempah. Selain
itu, faktor keagamaan yang melibatkan berlakunya perang salib. Seterusnya,
perluasan kuasa telah berlaku. Hal ini kerana pengaruh seperti Portugis,
Belanda dan Sepanyol ingin memperluaskan tanah jajahan mereka. Di samping itu,
galakaan seperti sokongan moral dan kewangan daripada Raja Portugis merupakan
salah satu faktor yang menyebabkan Tanah Melayu dijajah. Tidak lupa juga
tentang kekayaan bahan mentah di Tanah Melayu telah menjadi tumpuan semasa
Revolusi Perindustrian di Eropah. Disebabkan sistem pengangkutan yang lebih
moden seperti Kapal-kapal Berkuasa Wap menjadikan perjalanan mereka lebih cepat
untuk sampai ke destinasi. Di samping itu, persaingan kuasa-kuasa Barat seperti
Britain, Amerika, Belanda, Portugal, Perancis dan Sepanyol telah menyumbang
kepada faktor penjajahan luar ke Tanah Melayu. Nyata juga ia telah menyebarkan
tamadun khususnya orang British dan Belanda untuk memandu masyarakat Timur
kepada kehidupan yang lebih sejahtera dan menganggap orang Timur tidak
bertamadun dan ketinggalan. Akhir sekali, revolusi perindustrian juga telah
mengelakkan lambakan barangan maka negara Timur berpotensi sebagai pasaran baru
untuk memasarkan produk-produk tersebut.
Apakah kesan yang ditanggung oleh Tanah Melayu akibat daripada penjajahan?
Terdapat pelbagai kesan yang ditanggung oleh Tanah Melayu
akibat penjajahan. Antara kesan yang ditanggung oleh Tanah Melayu
akibat daripada penjajahan luar telah memberikan banyak kesan negatif, umumnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu
telah mengubah keadaan sosial, ekonomi dan politik Tanah Melayu.
Contohnya, orang-orang Cina ditindas teruk dan lari ke hutan.
Seterusnya, Orang Melayu dan India menjadi buruh paksa dan berlaku permusuhan antara orang Melayu dengan orang Cina..Selain daripada itu, sistem pendidikan Jepun diperkenalkan.Nyata juga, wujud kesedaran politik pada penduduk Tanah Melayu.Di samping itu, kemunculan pelbagai pertubuhan seperti KRIS, MPAJA, PUTERA.Parti Komunis Malaya (PKM) juga
muncul sebagai parti terkuat selepas pendudukan Jepun.Seterusnya, ekonomi Tanah Melayu
merosot teruk dan penduduk Tanah Melayu
dilanda pelbagai penyakit akibat kekurangan nutrisi dan bekalan ubat-ubatan.Selain itu, hal ini menyebabkan perpaduan kaum sukar untuk diwujudkan.Seterusnya, telah berlaku penghapusan institusi pentadbiran raja di Burma dan
sistem dua lapis dan
majlis legistatif separa dipilih diperkenalkan.Sistem kemaharajaan digantikan dengan sistem pentadbiran republik.Akhir sekali, sistem pendidikan vernakular diperkenalkan.
No comments:
Post a Comment