Thursday 1 October 2015

Kemenangan Mudah Jepun di Tanah Melayu

Ketidaksetiaan tentera Inggeris                           orang Benggali dan India.Kelemahan pertahanan laut Inggeris –  Kapal Prince of Wales dan Repulse ditenggelamkan oleh tentera Jepun.Persediaan rapi tenteraJepun – maklumat yang lengkap melalui perisikan Jepun di Tanah Melayu.Kelebihan tentera Jepun – terlatih, kamikaze, sanggup berbasikaldi dalam hutan.Kekurangan tentera Inggeris – lemah,kelengkapan perang yang kurang.Kerjasama Kesatuan Melayu Muda (KMM).Pakatan dengan Siam untuk jalan darat di Singgora dan Pattani.




PENTADBIRAN TENTERA JEPUN
Tanah Melayu dikenali sebagai ‘MalaiBaru’.Diletakkan di bawah pentadbiran Jepun yang berpusat di Singapura.Satu wilayah pentadbiran dibentuk yang merangkumi Pahang, Melaka, Pulau Pinang, Selangor, Perak, Johor dan Negeri Sembilan,Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu diletakkan di bawah pemerintahan Siam.Negeri-Negeri Melayu diketuaioleh Gabenor Jeneral Tentera Jepun.Sultan dikekalkan sebagaiketua agama Islam dan adat istiadat Melayu.

KESAN PENDUDUKAN JEPUN
Orang-orang Cina ditindas teruk dan lari ke hutan.Orang Melayu dan India menjadi buruh paksa.Berlaku permusuhan antara orang Melayu dengan orang Cina.Sistem pendidikan Jepun diperkenalkan.Wujud kesedaran politik pada pendudukTanah Melayu.Muncul pelbagai pertubuhan seperti KRIS, MPAJA,PUTERA.Parti Komunis Malaya (PKM)muncul sebagai parti terkuat selepas pendudukan Jepun.Ekonomi Tanah Melayu merosot teruk.PendudukTanah Melayu dilanda pelbagaipenyakit akibat kekurangan nutrisi dan bekalan ubat-ubatan.


KEKALAHAN JEPUN
Menjelang tahun 1945, tentera bersekutu mendesak Jepun supaya menyerah diri tetapi mereka enggan. Tentera Bersekutu kemudiannya telah menggugurkan bom atom di Hiroshima pada 8 ogos 1945 dan kemudiannya di Nagasaki pada 9 Ogos 1945. Kejadian ini telah menyebabkan Jepun terpaksa menyerah kalah tanpa syarat pada 15 Ogos 1945. Jeneral Seshiro Itagaki, ketua tentera Jepun di Tanah Melayu menandatangani dokumen menyerah kalah kepada tentera Bersekutu di Kuala Lumpur. Di wilayah Borneo pula, pemerintah tertinggi tentera Jepun ke-37, Masao Baba telah menyerah kalah pada 10 September 1945 di Surrender Point, Labuan. Sesudah penyerahan kalah tentera Jepun kepada Inggeris dalam Perang Dunia Kedua, British mengambil masa 14 hari sebelum kembali semula ke Tanah Melayu, kelewatan ini menyebabkan Gerila Komunis telah menguasai Tanah Melayu selama 14 hari.

PENJAJAHAN SARAWAK
James Brooke, seorang pelayar Inggeris pertama kali datang keSarawak kerana diutuskan oleh Gabenor Inggeris di Singapura untuk menyampaikan kegembiraan Inggeris pada Kesultanan Bruneikerana membantu pelayar-pelayarInggeris yang karam di perairan Sarawak.Raja Muda Hashim menawarkan kepada James Brooke negeri Sarawak sekiranya beliau dapat membantu menumpaskan rusuhan terhadap pemerintahan Brunei di Sarawak. James Brooke mendapatkan Sarawak sebagai hadiah kemenangan menumpaskan rusuhan pada 1841; setahun kemudian ditabalkan sebagai Raja Sarawak oleh SultanBrunei.Keluarga Brookememerintah Sarawak selama 100tahun.

No comments:

Post a Comment