Thursday 1 October 2015

Sinopsis Portugis

ž       Penjajahan Portugis menduduki Melaka selama 130 tahun iaitu daripada tahun 1511-1641.Walaupun begitu lama menjajah Melaka, namun Portugis tidak berjaya meluaskan pengaruhnya.Usaha – usaha untuk menawan Naning dan Rembau gagal.Pengaruhnya adalah disekitar Melaka.Matlamat asal untuk mengembangkan agama Kristian tidak berjaya. Antara kesan peninggalan penjajah hingga ke hari ini iaitu kewujudan  masyarakat, akibat perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan, pengenalan tulisan rasmi kepada masyarakat Melayu, kewujudan perkataan yang berasal daripada Bahasa Portugis seperti palsu, almari, jendela, garpu dan tuala. Kesan yang penting ialah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka dan membawa kepada kemunculan Kerajaan Melayu-Riau, namun pengaruhnya tidak berkesan.

Sinopsis Belanda

       žPenjajahan Belanda mula berdagang di Kepulauan Melayu pada abad ke-17.Pusat perdagangan utama ialah di Betawi (Jakarta) di Pulau Jawa.Mereka menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) pada tahun 1602 dengan tujuan untuk menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu.Seterusnya, mereka ingin memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri Melayu. Belanda telah menghancurkan  kekuasaan Portugis di Melaka dengan matlamat utama untuk menarik pedagang-pedagang di Betawi. Pada 1641, Portugis dapat dikalahan dengan bantuan kerajaan Johor.Namun begitu, Belanda tidak meninggalkan banyak kesan kepada penduduk Tanah Melayu.

Sinopsis Jepun

       žTanah Melayu jatuh ke tangan Jepun pada 15 Feb 1942 dan berakhir pada 12 September 1945.Faktor kemenangan mereka ialah ketidaksetiaan tentera Inggeris untuk menghadapi peperangan.Seterusnya, Jepun telah mengumpulkan maklumat penting mengenai kedudukan pertahanan Inggeris, bilangan tentera Inggeris, peralatan perang, Jepun mempunyai rangkaian pengintipan yang baik. Kesannya, ia telah mengubah keadaan sosial, ekonomi dan politik Tanah Melayu. Selain itu, orang Melayu dan India menjadi buruh paksa untuk membina jalan kereta api maut antara Thailand & Burma. Seterusnya, orang cina lari ke pinggir hutan akibat daripada tekanan tentera Jepun telah membuka kawasan baru yang dikatakan sebagai permulaan masalah setinggan di Tanah Melayu.

Sinopsis Inggeris


žDari segi sejarah pada tahun 1600, pedagang-pedagang telah menubuhkan Syarikat India Timur Inggeris untuk melicinkan perdagangan dengan negeri China. Lama kelamaan, syarikat tersebut mula berminat dengan gugusan Kepulauan Melayu setelah perdagangan dengan China tidak begitu menguntungkan, selain daripada tujuan untuk mencari pengkalan yang bebas daripada serangan lanun. Pada 11 Ogos 1786, Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan memberikan janji kosong kepada Sultan Kedah. Pada 6 Feb 1819, Stamford Raffles pula telah menduduki Pulau Singapura setelah membuat perjanjian dengan temenggung Abdul Rahman. Bermula dari semasa ke semasa penjajahan Inggeris cuba menguasai keseluruhan Tanah Melayu.ž

Pernyataan Masalah

Adakah pelabuhan merupakan faktor utama Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun memilih Tanah Melayu sebagai Tanah Jajahan?


ž       Pelabuhan merupakan faktor utama Tanah Melayu dijajah.Contohnya, pelabuhan Pulau Pinang dapat menyediakan bekalan air, makanan dan kemudahan membaiki kapal sebelum berlayar ke Canton, China.Pelabuhan ini juga sesuai sebagai tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun.Selain itu, Negeri- Negeri Selat memainkan peranan sebagai pelabuhan entrepot yang mengendalikan perdagangan negeri-negeri Melayu.Pedagang-pedagang Negeri-Negeri Selat melabur modal dalam perlombongan bijih timah di Larut, Sungai Ujong, Lukut dan Klang.


ž

Persoalan Kajian

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan Tanah Melayu dijajah?


       žTerdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Tanah Melayu dijajah.Antaranya ialah faktor ekonomi.Penjajah di Tanah Melayu ingin memonopoli perdagangan rempah. Selain itu, faktor keagamaan yang melibatkan berlakunya perang salib. Seterusnya, perluasan kuasa telah berlaku. Hal ini kerana pengaruh seperti Portugis, Belanda dan Sepanyol ingin memperluaskan tanah jajahan mereka. Di samping itu, galakaan seperti sokongan moral dan kewangan daripada Raja Portugis merupakan salah satu faktor yang menyebabkan Tanah Melayu dijajah. Tidak lupa juga tentang kekayaan bahan mentah di Tanah Melayu telah menjadi tumpuan semasa Revolusi Perindustrian di Eropah. Disebabkan sistem pengangkutan yang lebih moden seperti Kapal-kapal Berkuasa Wap menjadikan perjalanan mereka lebih cepat untuk sampai ke destinasi. Di samping itu, persaingan kuasa-kuasa Barat seperti Britain, Amerika, Belanda, Portugal, Perancis dan Sepanyol telah menyumbang kepada faktor penjajahan luar ke Tanah Melayu. Nyata juga ia telah menyebarkan tamadun khususnya orang British dan Belanda untuk memandu masyarakat Timur kepada kehidupan yang lebih sejahtera dan menganggap orang Timur tidak bertamadun dan ketinggalan. Akhir sekali, revolusi perindustrian juga telah mengelakkan lambakan barangan maka negara Timur berpotensi sebagai pasaran baru untuk memasarkan produk-produk tersebut.

Apakah kesan yang ditanggung oleh Tanah Melayu akibat daripada penjajahan?

ž       Terdapat pelbagai kesan yang ditanggung oleh Tanah Melayu akibat penjajahan. Antara kesan yang ditanggung oleh Tanah Melayu akibat daripada penjajahan luar telah memberikan banyak kesan negatif, umumnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah mengubah keadaan sosial, ekonomi dan politik Tanah Melayu. Contohnya, orang-orang Cina ditindas teruk dan lari ke hutan. Seterusnya, Orang Melayu dan India menjadi buruh paksa dan berlaku permusuhan antara orang Melayu dengan orang Cina..Selain daripada itu, sistem pendidikan Jepun diperkenalkan.Nyata juga, wujud kesedaran politik pada penduduk Tanah Melayu.Di samping itu, kemunculan pelbagai pertubuhan seperti KRIS, MPAJA, PUTERA.Parti Komunis Malaya (PKM) juga muncul sebagai parti terkuat selepas pendudukan Jepun.Seterusnya, ekonomi Tanah Melayu merosot teruk dan penduduk Tanah Melayu dilanda pelbagai penyakit akibat kekurangan nutrisi dan bekalan ubat-ubatan.Selain itu, hal ini menyebabkan perpaduan kaum sukar untuk diwujudkan.Seterusnya, telah berlaku penghapusan institusi pentadbiran raja di Burma dan sistem dua lapis dan majlis legistatif separa dipilih diperkenalkan.Sistem kemaharajaan digantikan dengan sistem pentadbiran republik.Akhir sekali, sistem pendidikan vernakular diperkenalkan.

Objektif Kajian

žDapat mengenalpasti faktor yang menyebabkan Tanah Melayu dijajah.
žDapat mengetahui reaksi masyarakat tempatan terhadap penjajahan.
ž
ž

1.   Dapat mengenalpasti faktor yang menyebabkan Tanah Melayu dijajah.
  - Portugis menjajah Tanah Melayu dengan tujuan untuk menguasai perdagangan dan mengembangkan agama Kristian.Kawasan jajahan tertumpu di Melaka pada tahun 1511 sehingga 1641 iaitu selama 130 tahun.Kesan utama kewujudan adalah mewujudkan masyarakat Serani hasil daripada perkahwinan campur. Selain itu,Portugis juga memperkenalkan tulisan rumi.Apabila tulisan rumi telah diperkenalkan,maka secara tidak langsung  perkataan pinjaman turut wujud seperti jendela, almari, garfu, tuala dan palsu.

2.Dapat mengetahui reaksi masyarakat tempatan terhadap penjajahan.
ž

  Berasa sedih kerana masyarakat pada zaman dahulu hidup dalam kaeadaan kemiskinan.Selain itu mereka terpaksa membayar pelbagai jenis cukai yang membebankan pada ketika itu.Hal ini demikian kerana,cukai tersebut hanya mendatangkan keuntugan kepada penjajah sahaja.Disamping itu juga,kita mestilah lebih berhati-hati terhadap segala propaganda yang boleh menjatuhkan  kestabilan ekonomi negara kerana tidak mahu sejarah zaman penjajah berulang.Tambahan pula,kita hendaklah mempunyai sikap patriotik dalam mempertahankan negara kerana tidak mahu peristiwa hitam yang berlaku pada zaman penjajahan kembali berulang buat kali kedua .Akhir sekali,kita mestilah sedar akan tanggungjawab individu dalam mempertahankan negara daripada segala bentuk ancaman yang cuba diganggu juga oleh penjajah . 

Kedatangan Inggeris

Pada tahun 1786 : Francis Light menduduki Pulau Pinang.Pada tahun 1819 : Stamford Raffles menduduki Singapura selepas membuat perjanjian dengan Temenggung Abdul Rahman, Johor.Perjanjian tersebut telah menimbulkan kemarahan Belanda.Wujud persaingan Inggeris di Singapura dengan Belanda di Melaka.Satu rundingan dicapai dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824.Perjanjian inggeris belanda 1824. Belanda menyerahkan kepentingannya di India dan Melaka kepada Inggeris.British menyerahkan kepentingannya di Bangkahulu dan kawasan SHTI di Sumatera kepada Belanda.Belanda menarik balik bantahannya terhadap pendudukan Inggeris di Singapura.British tidak dibenarkan meluaskan pengaruhnya ke Pulau Karimun dan pulau-pulau di selatan.Belanda tidak akan campur tangan di Tanah Melayu dan membuat sebarang perjanjian dengan pemerintah tempatan.British tidak akan campur tangan atau membuat sebarang perjanjian dengan kawasan Sumatera, Pulau Karimun, Kepulauan Riau-Lingga dan mana-mana pulau di selatan Singapura.Akan bekerjasama dalam soal perdagangan dan menghapuskan kegiatan lanun.jika mana-mana pihak berundur, maka hak tersebut akan jatuh ke tangan pihak yang satu lagi.Pemerintah tempatan dibenarkan membuat hubungan dengan kedua-dua kuasa atau sesama pemerintah tempatan.Belanda membayar hutang kepada Inggeris sebanyak 100, 000 paun (Sepanyol) iaitu hutang Perang Napoleon.


Kesan Perjanjian InggerisBelanda
žKepulauan Melayu terbahagi kepada dua lingkungan pengaruh dan Selat
Melaka dijadikan sempadan utama.Perpecahan Empayar Johor-Riau apabila
Singapura dan Johor jatuh ke tangan British manakala Riau jatuh ke tangan 
Belanda.Persaingan kuasa antara British dengan Belanda semakin hebat 
terutama selepas perkembangan pelabuhan bebas di Singapura.

Negeri-negeri Selat
žNegeri-negeri Selat adalah terdiri daripada Singapura, Melaka dan Pulau
Pinang. Negeri-negeri ini disatukan pada tahun 1826 dan Pulau Piang menjadi
ibu negerinya yang pertama. Ia dikuasai oleh seorang Gabenor. Pada 1 April
1867, pentadbiran Negeri-negeri Selat dipindahkan dari Calcutta di India k
Pejabat Tanah Jajahan di London, dan dengan secara langsung Negeri-negeri
Selat telah diisyhtiharkan sebagai tanah jajahan Inggeris. Pemindahan
pentadbiran ini sebenarnya memberikan kesan yang agak nyata kepada
perkembangan sejarah tanah air antaranya ialah Pentadbiran negeri-negeri
selat semakin lebih cekap.Pertanian niaga (seperti lada hitam, gambir, buah
pala, cengkih dan tebu) di kawasan ini semakin berkembang pesat.Kegiatan
lanun dapat dihapuskan.British mula menunjukkan minat ke atas negeri-negeri
melayu.

ž

Perluasan Kuasa Inggeris Di Tanah Melayu

1786 : Francis Light menduduki Pulau Pinang.
1819 : Stamford Raffles menduduki Singapura.
1824 : Perjanjian Inggeris Belanda yang mengesahkan pendudukan Inggeris di Tanah Melayu. Inggeris mendapat Melaka melalui perjanjian ini.
1825 : Persetiaan awal Kapten Henry Burney dengan Siam bagi menyekat pengaruh Siam di Perak dan Selangor.
1826 : Perjanjian Burney ditandatangani antara Inggeris dengan Siam.
1826 :  Pulau Pinang, Singapura dan Melaka disatukan di bawah   Negeri-Negeri Selat                         
1841 : James Brooke mengambil Sarawak.
1874 : Perjanjian Pangkor dan campur tangan Inggeris di Perak.
1874 : Campur tangan Inggeris di Selangor.
1874 : Campur tangan Inggeris di Sungai Ujong.
1875 : Brunei menyerahkan Sabah kepada British.
1888 : Campur tangan Inggeris di Pahang.
1896 : Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB).
1909 : Perjanjian Bangkok ditandatangani di mana Siam menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Inggeris dan membentuk Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

1914 : Johor menerima Penasihat British yang pertama.

Sistem Residen

Perlaksanaan


  ž     Bermula dengan Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874.Sistem Residen bererti pemerintahan British secara tidak langsung dan pengawasan penjajah Inggeris dilaksanakan melalui institusi politik yang sedia ada, yang dipelihara dan dipergunakannya.
  ž
       Matlamat utama ialah untuk menegakkan keamanan melalui undang-undang, mewujudkan sistem pentadbiran awam dan pungutan cukai yang sistematik serta memajukan ekonomi melalui eksploitasi sumber asli yang ada.Residen bertanggungjawab menasihati sultan/raja-raja Melayu dalam hal ehwal pentadbiran negeri kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
žResiden akan menerima arahan dari Kerajaan Inggeris dan bukannya dari Sultan atau Raja-Raja Melayu.Majlis Mesyuarat Negeri telah ditubuhkan untuk membincangkan hal ehwal pentadbiran dan masalah orang-orang Melayu.
žKelemahan
žArahan kepada Residen adalah dari Inggeris bukannya dari Raja.Gaji dibayar oleh Negeri-Negeri Melayu dan bukannya dari Inggeris.Tiada panduan atau peraturan khusus untuk Residen menjalankan tugasnya.Residen tidak mendapat bantuan kewangan dan ketenteraan dari Inggeris.Perhubungan dengan Gabenor NNS adalah jauh dan menyebabkan kuasa Residen tidak dapat dikawal.Residen mengubah sistem pemerintahan tradisi. Sultan tidak mahu menerima nasihat Residen.Residen memerintah mengikut cara tersendiri dengan pengetahuan tentang Negeri-Negeri Melayu yang terbatas.Residen tidak memahami dan menghormati adat resam, sikap, pandangan hidup dan sistem sosial orang Melayu.Residen tidak pandai menjaga perasaan dan kedudukan Sultan serta para pembesar tempatan.Kedaulatan Negeri-Negeri Melayu terpadam dengan perlaksanaan Sistem Residen.Wujud ketidakseimbangan dalam pembangunan di Negeri-Negeri Melayu.
Jika diteliti campur tangan Inggeris di negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak, kita dapat membuat beberapa rumusan:

       Pertama, penjajahan adalah didorong oleh kelemahan dalam negeri-negeriberkenaan seperti berlakunya kekacauan dan perang saudara. Dengan kata lain tidak adanya perpaduan di kalangan penduduk menyebabkan Inggeris mengambil peluang dan memberi alasan untuk campur tangan dengan meletakkan penasihat (dan kemudiannya Residen). Kedua, terdapatnya sumber-sumber ekonomi yang pentingdi dalam negeri-begeri berkenaan seperti bijih timah dan sumber-sumber pertanian (pertanian niaga). Ketiga, adanya persaingan di kalangan kuasa-kuasa Baratuntuk mendapatkan tanah jajahan bagi menampung keperluan ekonomi negara mereka. Ini memperlihatkan bahawa kekayaan negara kita memang menjadi idaman kuasa-kuasa asing, tetapi atas kesilapan kita sendiri, negara kita dijajah

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Pembentukan
ž   Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) terbentuk melalui Perjanjian Bangkok pada 10 Mac 1909.Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu disatukan di bawah satu bumbung pentadbiran.Seorang penasihat Inggeris dilantik di setiap negeri tersebut. NNMTB telah diletakkan di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi.Pada tahun 1914, Johor menerima penasihat Inggeris dan diserapkan ke dalam NNMTB.Sultan di NNMTB diberikan kebebasan yang luas dalam pentadbiran dan penasihat Inggeris bertindak sebagai penasihat semata-mata.Segala urusan berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran dilaksanakan oleh pembesar tempatan.Majlis Mesyuarat Negeri telah ditubuhkan yang berfungsi sebagai majlis penasihat.
ž


  žDasar ini dilaksanakan di NNMB kesan dari pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral.Ia membawa maksud, kuasa utama pentadbiran, kewangan dan perkhidmatan yang sebelum ini dikuasai oleh kerajaan pusat diagihkan kepada kerajaan negeri.Bertujuan untuk menarik minat NNMTB menyertai NNMB bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu dengan sistem yang lebih menarik.Pengagihan kuasa ini dijalankan secara berperingkat-peringkat antara tahun 1920-an hingga 1930-an.Dengan itu, kuasa sultan/raja, Majlis Mesyuarat Negeri dan Residen telah dikembalikan.Kuasa-kuasa penting masih dipegang oleh Kerajaan Pusat. Sistem ini kekal sehingga tercetusnya P.Dunia II.

Kesan Pembentukan Negeri-Negeri Bersekutu

Berlaku pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur.Kuasa sultan/raja semakin lemah dan berpusat pada agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.Kerajaan negeri kehilangan kuasa perundangan dan pentadbiran.Segala keputusan penting diputuskan oleh Residen Jeneral.Penubuhan jabatan persekutuan menyebabkan pengambilan lebih ramai pegawai Inggeris.Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dengan negeri tidak jelas dan memihak kepada kerajaan persekutuan.Hasil negeri,cukai dan kewangan terletak di tangan kerajaan pusat dan ini telah menyebabkan kerajaan negeri tiada sumber kewangan yang kukuh. DURBAR tidak berfungsi kerana nasihatnya tidak diikuti oleh Residen Jeneral.Orang Melayu tidak dapat menikmati keuntungan dalam pembangunan dan pentadbiran negeri.

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

Pembentukan
          Negeri- Negeri Melayu Tidak Bersekutu(NNMTB) terbentuk melalui Perjanjian Bangkok pada 10 Mac 1909.Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu disatukan dibawah satu bumbung pentadbiran.Seorang penasihat Inggeris dilantik di setiap negeri tersebut. NNMTB telah diletakkan di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi.Pada tahun 1914, Johor menerima penasihat Inggeris dan diserapkan ke dalam NNMTB.Sultan di NNMTB diberikan kebebasan yang luas dalam pentadbiran dan penasihat Inggeris bertindak sebagai penasihat semata-mata.Segala urusan berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran dilaksanakan oleh pembesar tempatan.Majlis Mesyuarat Negeri telah ditubuhkan yang berfungsi sebagai majlis penasihat.





Dasar ini dilaksanakan di NNMB kesan dari pemusatan kuasa di tangan ResidenJeneral.Ia membawa maksud, kuasa utama pentadbiran, kewangan dan perkhidmatan yang sebelum ini dikuasai oleh kerajaan pusat diagihkan kepada kerajaan negeri.Bertujuan untuk menarik minat NNMTB menyertai NNMB bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu dengan sistem yang lebih menarik.Pengagihan kuasa ini dijalankan secara berperingkat-peringkat antara tahun 1920-an hingga 1930-an.Dengan itu,kuasa sultan/raja, Majlis MesyuaratNegeri dan Residen telah dikembalikan.Kuasa-kuasa penting masih dipegang oleh Kerajaan Pusat. Sistem ini kekal sehingga tercetusnya P.Dunia II.

Penjajahan Jepun

       Sejak gerakan 'Pemulihan Meiji' dilancarkan oleh Maharaja Jepun iaitu Maharaja Mikado Meiji pada tahun 1868 dan sejak tercetusnya Perang Dunia Kedua, Jepun telah muncul sebagai sebuah negara Asia yang terkuat. Negara Jepun juga mempunyai angkatan tentera yang terkuat di Timur Jauh. Jepun mula-mula memperluaskan kuasanya pada tahun 1859 apabila
       Memenangi peperangan di antara China-Jepun yang pertama. Jepun berjaya pula menewaskan tentera rusia di dalam perang Rusia-Jepun pada  tahun 1905 yang telah menaikkan namanya sebagai sebuah kuasa yang besar. Seterusnya, pada tahun 1910, Jepun berjaya menakluk Korea Manchuria pada tahun 1932.Pada tahun 1937, jepun berjaya lagi menewaskan negara China di dalam perang China-Jepun yang kedua. Semua peristiwa-peristiwa peperangan tersebut adalah merupakan rentetan bagi bermulanya Perang Dunia Kedua yang telah menggoncang dunia terutamanya di Asia Tenggara. Pada ketika itu, kuasa-kuasa besar di dunia iaitu Jerman, Itali dan Jepun telah membentuk Kuasa-kuasa Paksi. Perang besar di Eropah telah bermula sejurus selepas Perdana Menteri Britain pada ketika itu di mana telah mengisytiharkan perang ke atas Jerman pada 3 September 1939. Kuasa-kuasa Britain dan Perancis telah bersekutu untuk menentang kuasa Jerman yang menyebabkan kawasan jajahan Britain dan Perancis di Asia Tenggara tidak dapat di kawal dan di pertahankan.Jepun telah mengambil peluang keemasan ini untuk meluaskan kuasanya di negeri-negeri di Asia Tenggara. Tambahan pula, pada ketika itu Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas Jepun kerana keenggananya berundur daripada China. Kekurangan bahan mentah telah mendorong Jepun untuk menakluk kawasan baru yang kaya dengan bahan-bahan mentah seperti di Asia Tenggara. Maka, setelah tercetusnya peperangan di antara Jerman, Perancis dan Britain, Jepun pun memulakan serangannya ke atas Asia Tenggara.

Kemenangan Mudah Jepun di Tanah Melayu

Ketidaksetiaan tentera Inggeris                           orang Benggali dan India.Kelemahan pertahanan laut Inggeris –  Kapal Prince of Wales dan Repulse ditenggelamkan oleh tentera Jepun.Persediaan rapi tenteraJepun – maklumat yang lengkap melalui perisikan Jepun di Tanah Melayu.Kelebihan tentera Jepun – terlatih, kamikaze, sanggup berbasikaldi dalam hutan.Kekurangan tentera Inggeris – lemah,kelengkapan perang yang kurang.Kerjasama Kesatuan Melayu Muda (KMM).Pakatan dengan Siam untuk jalan darat di Singgora dan Pattani.




PENTADBIRAN TENTERA JEPUN
Tanah Melayu dikenali sebagai ‘MalaiBaru’.Diletakkan di bawah pentadbiran Jepun yang berpusat di Singapura.Satu wilayah pentadbiran dibentuk yang merangkumi Pahang, Melaka, Pulau Pinang, Selangor, Perak, Johor dan Negeri Sembilan,Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu diletakkan di bawah pemerintahan Siam.Negeri-Negeri Melayu diketuaioleh Gabenor Jeneral Tentera Jepun.Sultan dikekalkan sebagaiketua agama Islam dan adat istiadat Melayu.

KESAN PENDUDUKAN JEPUN
Orang-orang Cina ditindas teruk dan lari ke hutan.Orang Melayu dan India menjadi buruh paksa.Berlaku permusuhan antara orang Melayu dengan orang Cina.Sistem pendidikan Jepun diperkenalkan.Wujud kesedaran politik pada pendudukTanah Melayu.Muncul pelbagai pertubuhan seperti KRIS, MPAJA,PUTERA.Parti Komunis Malaya (PKM)muncul sebagai parti terkuat selepas pendudukan Jepun.Ekonomi Tanah Melayu merosot teruk.PendudukTanah Melayu dilanda pelbagaipenyakit akibat kekurangan nutrisi dan bekalan ubat-ubatan.


KEKALAHAN JEPUN
Menjelang tahun 1945, tentera bersekutu mendesak Jepun supaya menyerah diri tetapi mereka enggan. Tentera Bersekutu kemudiannya telah menggugurkan bom atom di Hiroshima pada 8 ogos 1945 dan kemudiannya di Nagasaki pada 9 Ogos 1945. Kejadian ini telah menyebabkan Jepun terpaksa menyerah kalah tanpa syarat pada 15 Ogos 1945. Jeneral Seshiro Itagaki, ketua tentera Jepun di Tanah Melayu menandatangani dokumen menyerah kalah kepada tentera Bersekutu di Kuala Lumpur. Di wilayah Borneo pula, pemerintah tertinggi tentera Jepun ke-37, Masao Baba telah menyerah kalah pada 10 September 1945 di Surrender Point, Labuan. Sesudah penyerahan kalah tentera Jepun kepada Inggeris dalam Perang Dunia Kedua, British mengambil masa 14 hari sebelum kembali semula ke Tanah Melayu, kelewatan ini menyebabkan Gerila Komunis telah menguasai Tanah Melayu selama 14 hari.

PENJAJAHAN SARAWAK
James Brooke, seorang pelayar Inggeris pertama kali datang keSarawak kerana diutuskan oleh Gabenor Inggeris di Singapura untuk menyampaikan kegembiraan Inggeris pada Kesultanan Bruneikerana membantu pelayar-pelayarInggeris yang karam di perairan Sarawak.Raja Muda Hashim menawarkan kepada James Brooke negeri Sarawak sekiranya beliau dapat membantu menumpaskan rusuhan terhadap pemerintahan Brunei di Sarawak. James Brooke mendapatkan Sarawak sebagai hadiah kemenangan menumpaskan rusuhan pada 1841; setahun kemudian ditabalkan sebagai Raja Sarawak oleh SultanBrunei.Keluarga Brookememerintah Sarawak selama 100tahun.

Metodologi Kajian

Daripada perpustakaan

Batasan Kajian

Kajian ini dilakukan keatas penghuni kamsis blok Merant iAras 2 yang mempunyai populasi sebanyak 75 orang(100%). Jumlah keseluruhan populasi responden seramai75 (100%).Dalam kajian ini,seramai 30 orang (40%) telah diambil sebagai sampel.

Kepentigan Kajian

Kepentingan kajian ini kerana penghuni Kamsis Politeknik Nilai Negeri Sembilan pada masa kini semakin alpa tentang sejarah yang terdapat di Malaysia. Selain itukajian ini boleh memberi rujukan kepada setiap institusi-institusi yang terdapat di Malaysia bagi mendapatkan maklumat tentang sejarah zaman penjajahan Tanah Melayu.Akhir sekali,kajian ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat tentang sejarah silam Malaysia dan menerapkan semangatpatriotism dalam diri masing-masing.